Tuesday, 7 May 2013

SEDIH MELIHAT 'PARA PEJUANG ISLAM'


Kita kata kita pejuang Islam;
Berkobar-kobar hendak menegakkan Syariat Islam;
Bila berbincang isu politik, MasyaAllah semangat seperti hendak pergi perang;
Habis dimaki hamun ditentang hebatnya pihak lawan;
Bertempiar suara bertakbir seluruh Alam;
Tetapi bila diajak berada dalam halaqah keruhanian;
Semuanya diam!!!
Perjuangan apakah ini?

Memperjuangkan Islam atau memperjuangkan nafsu kemarahan?
Rupa-rupanya kita telah ditipu Iblis, bertuhankan diri sendiri;

Bagaimana hendak menjadi tentera Islam kalau solat lambat pada waktunya?
Subuh bangun Matahari dah menyala?
Tahajjud tinggal sentiasa?
Selawat 300 kali sehari jangan dikata memang selalu dileka...
Mahu Kepimpinan Ulama tetapi jauh sekali datang talaqqi mahupun berdamping dengan mereka;
Politik bagai nak gila;
Akidah Tauhid & Fardhu Ain bila ditanya ternganga-nganga,
Perjuangan apa ini?
Perjuangan kartun atau badut???!!!

Tentera Al-Fateh tidak pernah tinggal Tahajjud apa lagi Solat Fardhu,
Tentera al-Ayubi diwajibkan zikir sepanjang malam siapa tidur disuruh pulang;
Kita? Tidur lagi panjang dalam sehari semalam...

Kalau inilah kita, memang kita 
seorang penipu yang hanya mahu bertongkat nafsu api kemarahan!

Bagaimana hendak ditegakkan keadilan jika kita sendiri zalim?

Tegakkan Islam dalam dirimu maka tertegaklah Islam atas Tanah Airmu;
Jika tidak memang kita bermimpilah nampaknya tidak kira siang mahupun malam!!!

Apa guna zahirnya bergerak jika hatinya mati???
Mana letak ajaran Nabi???

Berubahlah, Beradablah, Berfikirlah, dan Berzikirlah...

nukilan ,
Amirul Syafiq USM

MANA AKALMU



Ya allah jika apa yang ku lihat ini realiti yang berlaku.. 
maka Kau bantulah kami perangi musuhMu.....
sedih bila berlaku di negeri sendiri

Mana Akal di kepala yang Allah berikan untuk menilai
mana ilmu bertingkat jutawan diamalkan
mana nilai etika Islam dalam kehidupan
mana mata hati penuh keimanan

mengapa wang songgokkan berjuta jadi pilihan
bukankah ia takkan kekal pd anak cucu jika ditinggalkan
bukankah janji Allah Islam itu pelindung hingga akhir zaman
mana anugerah tertinggi manusia kau gunakan
adakah kau manusia bertopengkan syaitan 
atau akal yang diguna pinjaman haiwan 

Fikirlah wahai rakyat jelata
takkan Islam hilang di dunia
pegang ia seerat-eratnya
selamat dunia akhirat sanak saudara




** SPR  pru 13 yang tak berintegriti
*kecewa dengan keputusan