Wednesday, 3 April 2013

MENGAPA TERUS MERASA KECEWA??


Duhai diri…
Kenapa.. Kau mengeluh kepenatan
Kau muram kekecewaan
Kau murung kesedihan
Kau resah kebimbangan
Hanya kerana..
seruanmu tiada jawapan

Ingatlah
Peribadi pejuang sejati
Rasulullah SAW…
Baginda tabah meniti hari
Bermula dari seorang diri 
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi
Bukannya Baginda tidak berani
Namun itu tertib wahyu
Strategi Rabbi

Ucapan Baginda bukan dari nafsu
Melainkan Wahyu yang suci
Ucapannya hikmah dari kalbu yang jernih
bak embun pagi
Disambut oleh hati yang bersih
Dan jiwa yang fitri

Fikrah dijernihkan
Akal didekati
Ajarannya menyentuh hati sanubari
Juga dengan hujah keterangan hakiki
Dengan hikmah
Penuh seni

Bilamana ada perdebatan
Dirungkaikan hati-hati
Bila mana dizalimi
Dilontarkan doa kasih nan sejati

Dalam dakwah ini wahai remajaku sayang
Suburkanlah baik sangka
Agar hatimu tenang
Agar hatimu kuat
Bukan dirundum kelemahan

Perbaharuilah Imanmu
Saban ketika 
Duhai diri…

Perbaharuilah Imanmu
Saban ketika
Ingati Janji-Nya
Keredhaan dan Syurga

Sedari sunnah perjuangan 
Penuhi derita 
dihujani kepayahan
Untuk Kau tempuhinya
Dengan ketabahan

Selamat berjuang

***Nukilan rasa,
FATIMAH SYARHA
Tautan Hati.

No comments:

Post a Comment