Monday, 23 September 2013

BINTANG



Saban malam ku 
merenung dari bawah
duduknya nun tinggi di atas



bintang ku tahu kau jauh
bukanlah itu menjadi darjat
untuk kita saling bersahabat...

bintang walau tak selalu nampak
namun kau tetap setia
ada di situ..
sepertinya kamu di hatiku

bintang biar sinarnya tak terang
namun cukup menceriakn
dunia gelapku..
cahaya malam malam ku

bintang tak terhitung banyaknya
namun kasih ku tetap satu
pada pencipta-Mu..


NUKILAN
ARIFF ISLAM

LANGKAH PERTAMA DI DUNIA YANG SAMA

Langkah pertama
ku jejak ke dunia lama
bersama kuda merah yang banyak berjasa
sepertinya ada ujian besar harus ku tempuh

Namun rupanya
setiap detik yang dirangka
ada hikmah disebaliknya

Walau ironinya 
kisah ku hampir sama
kutahu ujianNya pasti berbeza
pada langkah pertama yang kurasa berbeza
kuatkan semangat ku tempuh jua

segunung syukur kutadahkan padaNya
yang memperpermudahkan langkah ini
dipengakhiran tahun
mengutip secebis  ilmuNya
moga bermanfaat hendaknya

Terima kasih Sang Pencipta 
masih lagi nafasku  dihela
untuk perjuangan jiwa muda
yang hanya menunggu maut diambilNya


## moment of 1st day went back to Usm for the last chances

Monday, 24 June 2013

TIPS MENEGUR CARA RASULULLAH


Sebelum bertindak untuk menegur, kita  perlu dahulu memahami erti FAHAM.Menegur juga biarlah berakhlak. Kerana orang yang tidak faham kondisi dan situasi sebelum menegur, maka tegurannya kurang berkesan dan tak terpalit dihati.

Tak kira lah, tua atau muda, cara teguran perlulah bersesuaian dengan keadaan seseorang dan situasi. Bagi para remaja, inilah fasa di mana  remaja sangat2 perlukan nasihat , teguran dan kritikan membina untuk mereka lebih matang dan rasa disayangi. Maka , orang2 disekeliling remaja seperti ibubapa, sahabat handai perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberi galakan dan semangat kepada para remaja.

Di sini saya kongsikan beberapa kaedah2 menegur kesilapan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW.

1. Menegur biar berakhlak-
Siapa yang suka untuk ditegur.Tak dinafikan, saya sendiri sukar menerima teguran.. Apatah lagi di khayalak ramai. Diri yang ditegur pasti akan berasa malu dan mula merasa rendah diri. Remaja yang menginjak dewasa terutamanya pasti akan merasa diri mereka ditindas dan tak dihargai jika salah cara tegurannya. Oleh itu, cara teguran perlulah lebih berakhlak. Bagaimana?
 Rasulullah SAW mengajar kita supaya menegur dengan lebih berakhlak.Jika nasihat umpama menengking, mata mana tak menjeling, jika teguran dengan sumpah seranah, hati mana tak bernanah...Sekalipun, pasti akan terdetik dijiwa si penerima teguran untuk menolak nasihat yang  kurang berakhlak .Hal ini kerana, fitrah manusia itu sendiri sangat sukakan kebaikan, kelembutan dan kasih sayang. Manusia cenderung melihat diri yang menegur dari intipati teguran yang disampaikan. Semoga, teguran yang berahklak pasti memberi kesan positif kepada si penerima teguran.

2.Tenang dan memahami konsidi pelaku
Dalam kes ini, seringkali si penegur melakukan kesilapan besar dalam teguran. Mereka cenderung membuat teguran secara membabi buta dan mengikut perasaan tanpa melihat kondisi si pelaku. Penegur yang bijak pasti memahami keadaan sebenar, menyelidik dan siasat hal sebenar yang berlaku dengan mendalam dari orang- orang yang boleh dipercayai. Salah satu kejadian yang terjadi kepada  Rasulullah diceritakan kepada kita suatu peristiwa datangnya seorang arab badwi ke masjid dan terus membuang air kecil di dalam masjid sehinggakan mengotorinya. Lalu sahabat yang bersama Rasulullah ketika itu memarahi , menegur dan menengking si pelaku dengan kata2 yang kurang manis. Lalu Rasullulah dengan tenang menghalang sahabat untuk terus memarahi si pelaku dan membiarkan si pelaku menghabiskan hajatnya dahulu. Lihat, betapa Rasulullah mendahulukan akhlak  dan tenang dalam membuat teguran berbanding isi teguran tersebut.Jika difikir dengan logik akal, kita juga tak nak diganggu dan dimarahi ketika membuang hajat bukan...:)

3. Hikmah dlm komunikasi
Kita haruslah bijaksana dlm berbicarara ketikamembuat teguran. Teguran mestilah sesuai mengikut tarraf  si pelaku . Diceritakan kepada kita ketika didatangkan Rasulullah  seorg perempuan  dan bertanya "dimana Allah". Jika berada dlm situasi tersebut pasti kita akan marah  si perempuan tadi. Tetapi Rasullullah menjawab dengan tenang dan sangat2 berhikmah sesuai dengan situasi si perempuan tadi. Jadi,
hikmah itu penting dalam menasihati dan membuat teguran kepada seseorang.

3. Tunjukkan belas kasihan
Dalam memberi  teguran ,kita hearus memiliki sifat belas kasihan bukan sifat amarah ynag dikawali syaitan laknatullah... Nauzubillahiminzalik. seseorang yang mempunyai belas kasihan pasti bertanya dahulu masalah yang dihadapi oleh pelaku sebab si pelaku juga mempunyai alasan yang tersendiri atas pelakuannya. sekiranya logik alasannya kurang munasabah  dengan tindakannya, maka kita berperanan dlam membuat teguran dengan berhikmah. Apa yang penting disini ialah bertanya dahulu perihal masalah sipelaku kerana mereka juga ada haka sebagai pelaku kesalahan.

4. Tak menyalahkan seseorg
Dalam memberi teguran, kita yang menegur tak sewenangnya menyalahkan satu pihak dan membiarkan satu pihaklagi senang membuat kesilapan. Seharusnya, kita mendengar cerita dan perihal sbenar daripada kedua2 pihak. Maka keputusan yanga adil terhadap si pelaku. Tindakan ynag salah akan menampak si penegur lebih bodoh dari si pelaku. islam tidak dijadikan sesuatu itu susah, malah manusia yang membuatkannya susah..


Sekian. dan selant beramal...:)

** listening the IKIM.fm discussing on "hikmah bila menegur" with Ustazah Fatimah Syarha and DJ Faiz on 14 May 2013

Tuesday, 7 May 2013

SEDIH MELIHAT 'PARA PEJUANG ISLAM'


Kita kata kita pejuang Islam;
Berkobar-kobar hendak menegakkan Syariat Islam;
Bila berbincang isu politik, MasyaAllah semangat seperti hendak pergi perang;
Habis dimaki hamun ditentang hebatnya pihak lawan;
Bertempiar suara bertakbir seluruh Alam;
Tetapi bila diajak berada dalam halaqah keruhanian;
Semuanya diam!!!
Perjuangan apakah ini?

Memperjuangkan Islam atau memperjuangkan nafsu kemarahan?
Rupa-rupanya kita telah ditipu Iblis, bertuhankan diri sendiri;

Bagaimana hendak menjadi tentera Islam kalau solat lambat pada waktunya?
Subuh bangun Matahari dah menyala?
Tahajjud tinggal sentiasa?
Selawat 300 kali sehari jangan dikata memang selalu dileka...
Mahu Kepimpinan Ulama tetapi jauh sekali datang talaqqi mahupun berdamping dengan mereka;
Politik bagai nak gila;
Akidah Tauhid & Fardhu Ain bila ditanya ternganga-nganga,
Perjuangan apa ini?
Perjuangan kartun atau badut???!!!

Tentera Al-Fateh tidak pernah tinggal Tahajjud apa lagi Solat Fardhu,
Tentera al-Ayubi diwajibkan zikir sepanjang malam siapa tidur disuruh pulang;
Kita? Tidur lagi panjang dalam sehari semalam...

Kalau inilah kita, memang kita 
seorang penipu yang hanya mahu bertongkat nafsu api kemarahan!

Bagaimana hendak ditegakkan keadilan jika kita sendiri zalim?

Tegakkan Islam dalam dirimu maka tertegaklah Islam atas Tanah Airmu;
Jika tidak memang kita bermimpilah nampaknya tidak kira siang mahupun malam!!!

Apa guna zahirnya bergerak jika hatinya mati???
Mana letak ajaran Nabi???

Berubahlah, Beradablah, Berfikirlah, dan Berzikirlah...

nukilan ,
Amirul Syafiq USM

MANA AKALMU



Ya allah jika apa yang ku lihat ini realiti yang berlaku.. 
maka Kau bantulah kami perangi musuhMu.....
sedih bila berlaku di negeri sendiri

Mana Akal di kepala yang Allah berikan untuk menilai
mana ilmu bertingkat jutawan diamalkan
mana nilai etika Islam dalam kehidupan
mana mata hati penuh keimanan

mengapa wang songgokkan berjuta jadi pilihan
bukankah ia takkan kekal pd anak cucu jika ditinggalkan
bukankah janji Allah Islam itu pelindung hingga akhir zaman
mana anugerah tertinggi manusia kau gunakan
adakah kau manusia bertopengkan syaitan 
atau akal yang diguna pinjaman haiwan 

Fikirlah wahai rakyat jelata
takkan Islam hilang di dunia
pegang ia seerat-eratnya
selamat dunia akhirat sanak saudara




** SPR  pru 13 yang tak berintegriti
*kecewa dengan keputusan

Wednesday, 3 April 2013

MENGAPA TERUS MERASA KECEWA??


Duhai diri…
Kenapa.. Kau mengeluh kepenatan
Kau muram kekecewaan
Kau murung kesedihan
Kau resah kebimbangan
Hanya kerana..
seruanmu tiada jawapan

Ingatlah
Peribadi pejuang sejati
Rasulullah SAW…
Baginda tabah meniti hari
Bermula dari seorang diri 
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi
Bukannya Baginda tidak berani
Namun itu tertib wahyu
Strategi Rabbi

Ucapan Baginda bukan dari nafsu
Melainkan Wahyu yang suci
Ucapannya hikmah dari kalbu yang jernih
bak embun pagi
Disambut oleh hati yang bersih
Dan jiwa yang fitri

Fikrah dijernihkan
Akal didekati
Ajarannya menyentuh hati sanubari
Juga dengan hujah keterangan hakiki
Dengan hikmah
Penuh seni

Bilamana ada perdebatan
Dirungkaikan hati-hati
Bila mana dizalimi
Dilontarkan doa kasih nan sejati

Dalam dakwah ini wahai remajaku sayang
Suburkanlah baik sangka
Agar hatimu tenang
Agar hatimu kuat
Bukan dirundum kelemahan

Perbaharuilah Imanmu
Saban ketika 
Duhai diri…

Perbaharuilah Imanmu
Saban ketika
Ingati Janji-Nya
Keredhaan dan Syurga

Sedari sunnah perjuangan 
Penuhi derita 
dihujani kepayahan
Untuk Kau tempuhinya
Dengan ketabahan

Selamat berjuang

***Nukilan rasa,
FATIMAH SYARHA
Tautan Hati.

Tuesday, 2 April 2013

ADAM BAPA MANUSIA

Demi Allah yang Maha Kuasa
Tuhanku dan Tuhan sejagat manusia
Tuhan punya Asma al-Husna
Kau pengatur alam semesta
Semoga ku tetap dijalanNya

Tahukah hampir 18000  alam dicipta
8 Malaikat menjunjung ArasyNya
semua tunduk patuh kepadaNya
tapi  pabila Allah ajukan berita
adam manusia pertama bakal dicipta
malaikat  mula sangsi arahanNya
bukankah kami telah taat setia
apakah manusia akan durhaka
namun jawapanNya hilang sangsi di jiwa
"Aku lebih mengetahui tentangnya"

Lain pula ceritatera
Iblis degil tunduk bersujud
pada adam ciptaan  Ilahi
amarahNya bukan kepalang lagi
Laknat iblis keluar jannati
kekallah iblis dalam neraka
sampai akhirat nanti
namun dipohon iblis lanjutkan usia
tekad  sesatkan  penduduk bumi
Allah kabulkan permintaannya
kerana Allah lebh tahu segalanya

Syurga indah didiami
pelbagai nikmat diberi
namun diri terasa sunyi
lalu Allah berikan peneman diri
dia Hawa nama diberi
dicipta dari tulang rusuk kiri
agar sepi berlalu pergi

Allah larang dekati pohon
pohon rendang buah khuldi
namun dipujuk iblis berbohong
termakan jua khuldi oleh adam Hawa
kerana mengikut hawa nafsi

Setelah taubat diterima Ilahi
Turunlah Adam Hawa ke bumi
Dajna tempat nama diberi
berada antara Mekah dan Thaif
bersama iblis dan ular yang melingkari
Hiduplah mereka mengabdikan diri
di bumi yang jauh lebih daif

Muzdalifah jadi saksi
pertemuan dua hati
mekarlah benih mereka di bumi
hingga penuh dunia diisi
ada yang taat
ada yang berdengki
namun janjiNya rahmat pada yang mentaati
walau ujian segunung tinggi
tak lupa bala pada yang mengingkari

Adam jua manusia biasa
wafatnya jatuh  Jumaat
 hari teragung antara hari2 biasa
ditepi Jabal Abi Qubais dimakam rapat
Itulah jua gambaran kehidupan sekalian ummat 

** Nabi  Adam adalah orang tua bagi sekalian manuasi. Hukuman yang diberikan Allah kepada Nabi Adam adalah buat pengajaran kepada nya dan sekalian manusia....  :)