Saturday, 23 February 2013

KALI PERTAMA DI TEMPAT KERJA

Kerja oh kerja
tiap saat tiap ketika 
kalau diikutkan kerja sahaja
sampai kiamat tak selesai juga

Hari oh hari
aku datang lagi hari ini
seperti semalam yang bersendiri
mulakan kerja ikut duty

Tunggu oh tunggu 
penat menunggu hingga jemu 
supervisorku belum di temu
sibuk agaknya dengan janji temu

perut oh perut 
menyanyi -nyanyi ikut rentak
rentak irama alunan lapar
sebab breakfast belum disantap

Suka oh suka 
gembira hatiku ini
bila orang yang ditunggu dah tiba
dah boleh start buat kerja

Penat oh penat 
seharian dalam production line
sejuknya pun memang boleh tahan
sampai kecut kaki tangan

Balik oh balik
kerja  sendiri banyak dah habis
tapi ada  yang  masih menaip
sampai selesai kerja ikut  due date

Pesan oh pesan
pesan kepada diri dan kawan
kerja yang sama akan berulang-ulang
sampai tamat praktikal selama 4 bulan...

senyum oh senyum 
Kurangkan manis dalam minuman
lebihkan manis dalam senyuman
agar terasa lebih nyaman
dan yang memandang tak judge ikut perasaan


Selamat berpraktikal....  :)

** memory during  1st day of  intership programme at Mac Food service (M) sdn Bhd


No comments:

Post a Comment