Saat kaki mula melangkah
berat hati tinggalkan rumah
namun kuatur jua langkah
agar hidup lebih terarah
Senyap sunyi suasana ini
tanpa bicara tanpa berkongsi
hanya terdengar kata diskusi
kadang tuan tiada, yang tinggal hanya kerusi
Esoknya aku datang lagi
jadi rutin harian diri
kais pagi makan pagi
kalau rajin buat OT
Esoknya aku datang lagi
jiwaku bukan di sini
menanti tugasan diberi setiap hari
kadang langkah destinasi konon cari informasi
tapi sebenarnya tukar mood pujuk diri
agar kuat jati diri
agar cerah masa depan nanti
jangan sampai serahkan diri
Sabarlah wahai hati
ini ketentuan dari ilahi
buatlah kerana ikhlas diri
untuk sementara waktu ini
sampai tamat latihan di sini
semoga kau terus kuatkan diri
dan perolah markah tertinggi
Sungguh hatiku bukan di sini lagi
niat di hati nak sambung study
di mana x tentu lagi
kerana aku bukan di sini lagi
biarlah hidup terus berbakti
kepada anak bangsa dan pertiwi
latih pendidik dalam diri
Semoga doaku didengari Ilahi
** 2 week internship program. Playing with the machine without no talking . Actually , this job is suit to gentlemen .... :)


No comments:
Post a Comment