Tika aku sendirian
kupinta ada kawan jadi peneman
teman berbicara saat terluka
menemani hati yang sunyi
agar surut sakit dirasai
saat menadah ilmu di universiti
Setelah tangan diangkat rapi
rupanya doaku didengari Ilahi
Tuhan samapikanempunya diri
dia Nadhira nama diberi
seorang muslimah lembut peribadi
Aku selesa bersama dengannya
walau tak banyak masal diluang bersama
namun ada ketika kami bergembira
luang masa makan bersama
malah ada ketika rasa dibawah
dengan tugasan dan persatuan
dia datang hulurkan bantuan
malah berkongsi kata membina
agar tak jatuh terus terpana
Masa terasa berlalu cepat
ingin lagi mengukir kenangan
namun aku dengan keputusannya
untuk tinggal bersama rakan
agar mudah berdiskusi
agar senang rujukan nanti
walau hati berat sekali
membiarkan dia terus pergi
Saat hati dirundung sepi
aku hanya serahkan Ilahi
apa sahaja aku terima diri
moga itu terbaik nanti
Kali ini berbeza sekali
dia datang untuk menguji
adakah masih ikhlas diri
jadi hamba Ilahi
atau sudah lupa diri
saat sibuk hal duniawi
Awalnya terasa selesa
Mungkin ada harapan untuk kekal lama
tapi ujian awal tunjukkan jalan
yang kami bukan sehaluan
Aku ambil langkah berjaga
biar dia bahagia saat hari lahirnya
juga luang masa santap bersama
tak lupa untuk beriadah
ada juga bermasjid sama beribadah
moga ikatan kami tak terasa goyah
tapi ajakan ditolak mudah
aku sedar dia bukan seperti Nadhira
tak mudah berdiskusi dan berbicara
walau dimata dia seperti orang bijaksana
tapi lebih kata dari perbuatannya
Dalam tahun pertama
aku beri ruang untuknya
kerana ku tahu dia punya teman setia
bimbang dia tidak selesa
sedang aku tiada siapa2
jadi kupilih sibukkan banyak perkara
agar diri tak selalu memikirkannya
masalah kecil remah cuma
bagiku dia datang untuk menduga
Seperti yang telah dijangka
Tahun kedua kami tetap bersama
namun langkah awal telah dilaksana
agar hati yang gundah tak lagi menyapa
namun benar rezekiku memang dicacat bersama
Aku cuba kurangkan berpersatuan
agar jurang yang wujud lenyap dari mata
aku pilih jalan mengenal Pencipta
moga aku kenal makhluknya
tapi niat dihati disalah sangka
Aku tahu kau beakal dua
aku tahu kau punya masalah juga
aku cuba imbangkan jiwa
agar peribadiku juga terjaga
Badan ku lemah tak terdaya
jadi mata tak bisa bersengkang lama
aku biarkan kau membaca
walau kadang temanmu datang berbual bicara
juga ada siulan kertas berirama
berselang seli melodi albab
buat ku kadang terjaga
Namun semua itu aku hanya tutupkan mata
jika difikir menyakitkan kepala
Ya
mungkin ada hal penting nak diselesaikannya
walau terbantut juga lena
kan ku berjaga juga seperti serigala
kerana esok langkah kaki sudah direncana
jika bertangguh terlepas juga
Ku harapkan fikirnmu juga sama
kita masing2 ada agenda
aku tak mengganggu mu dah cukup bahagia
tapi lain pula jadinya
Satu malam umpama kejutan budaya
dia bangun pergi tak berkata apa
hati ini terus dirundung tanya
ada kah silap diri di mata??
ku terus pujukkan diri
mungkin di sana dia lebih selesa
mungkin juga hanya sementara
Malam yang sama datang lagi
berlalu hampir bertemu minggu dua kali
hati ini resah sekali
mengenang kata As-Shafie
jika 3 kali tak berkomunikasi
umum sahaja fasik diri
Aku buntu jalan keluar
dibeban lagi masalah keluarga
buruk sangka telah ku lempar
agar mudah ku bertemuNya
Kalam Dia kuambil baca
bertemu dia terus mengadu
tiba2 jari menyeka
rupanya ada titisan mengalir laju
Ku cari sahabat mendengar cerita
tak daya lagi diri sendirian
bukan dijiwa mengaibkannya
hanya mencari penghujng jalan
Ku cari kata hikmah pengubat jiwa
nasihat berguna seorang sahabat
ku cari juga zikir berguna
moga hati sakit akan terubat
Otak tak lagi fokus belajar
Terkenang masalah tak tahu punca
pointer bukan lagi target litar
tapi bersih hati dari kusta
Sebelum exam ditatap rapi
ku perlu selesaikan tragedi ini
ku putuskan beranikan diri
tanya dia apakah salah diri ini
sampai diam hingga menyepi
sampai menjeling hingga ke sisi
sampai angkut barang berpindah diri
Kini ku tahu segala persoalan
dia katakan akulah dalang
aku punca ganggu terapi lena
aku buat bising menggila
pintu ditutup kuat sengaja
barang dijatuhkan konon dendam dijiwa
printer ku berlagu tak ikut masa
semua itu mengganggu tidurnya
kau kata aku buatmu gila
tapi tahukah dirimu aku hanya menunggu maut diambilNya???!!!
Tak fikirkah diri wahai empunya diri
katanya akal menggunung tinggi
perkara sama juga kau ulangi
pada diriku selama ini
tapi ku hanya letak ketepi
kerana ia hanya datang untuk menguji
Ku cuba bela diri
tapi kau kata aku tinggi diri
aku diam setiap kali
hingga kau isytihar ak "silent mode" diri
sangat kecewa terasa diri
Aku diam tak berkata
kerna kufikir kau lebih selesa
kau banyak mentelaah membaca
kerna juga ku tak punya idea
aku juga bukan orang huha huha
kerna juga aku sedar
kita tak sekepala
Malam itu jadi saksi
kata maaf berulang kali
sebelum diri pergi tak datang lagi
sungguh aku kini mengerti
musibah yang meninpa diriku ini
Akhirnya ku pilih petunjuk Ilahi
bertemu keluarga tenangkan diri
walau ibuku lihat musykil diri
pelik akan pelaku diri
mata merah bengkak berapi-api
saat pulang bercuti
tapi percayalah ibu
diriku hanya diuji
mohon doa kuatkan diri
untuk puterimu ini
Ku pilih untuk menyendiri
saat study week hanya tinggal seminggu lagi
surau jadi tempat study
agar tenang untuk mengaji
agar bertemu insan baik hati
agar diberi kata jauhari
namun sekali-sekali naik ke bilik sendiri
niat dihati nak ambil barang peribadi
namun Allah tunjukkan bukti
jika dia benar sedang jalani terapi
mengapa tengah malam pun belum lena lagi
malas ku fikir kejujuran diri
jawaplah sendiri dengan Tuhanmu nanti
Terima kasih Ya Ilahi
Kau tamatkan semua ini
kuharapkan dia tak datang lagi
dalam diari hidupku ini..
semoga yang terbaik Kau tetapkan untuk hambaku ini
* memory in 3rd year at USM









No comments:
Post a Comment