Tuesday, 19 March 2013

MAAFKAN AKU

Maafkan aku
kerana membuatmu terus tertanya2
setelah sekian lama menunggu
persoalan hati tak kunjung tiba

Maafkan aku
kerana membuatmu sepi
 tak berbalas kata  tinta
hanya diam seribu bahasa

Maafkan aku
kerana tak lagi bersuara
diri asyik mengelak sahaja
dari terus bersua muka

Bukan kerana jemu berjumpa
bukan kerana benci tak tentu hala
bukan jua cemburu buta

Mungkin  juga kau anggap aku gila kuasa
aku sombong tak kena
aku lupa diri sementara
mungkin juga semua itu ya

Tapi biarlah hal2 yang mengharuskan sahaja
dan bila diri perlukan kata semangat pengubat jiwa
kerana aku masih menjadi  teman setia

teman berbicara saat kecewa
tapi bukan teman untuk berkeluarga
kerana aku belum bersedia

** a moment talking informally with my dad at hometown,...  
me: abah... kak ilah nak kwen 25 kan...abg 27... klu ina nak kwen jugak bleh dak...dah 24. ( ingat sje jer nak usik2)
abah: urm.. elok la tue.... dengan sp..dah ad ka???
me: ???  ( terkejut bila abah respon mcm tue...selalu diam jer...abah nie klu diam tanda x setuju... lain pulak jadinya...then,terus buat2 pegi dapur..huuhhu ... malu sendiri )
*** promising myself to prepare about marrige 1st before going into it...




No comments:

Post a Comment