Kali pertama bersua muka
engkau ku lihat hanya orang biasa
berbaju kuning langsat sederhana
tika kepala masih terbuka
berdiri depan jendela
petah berbicara hal semasa
mengalahkan teknokrat dunia
doa moga ada sinar cahaya
untuk dia yang ku jumpa
Mata ini tak sanggup lagi menatap
malah mulut terkunci rapat
tanpa sebarang kata sepakat
untuk terus mengenali lebih dekat
kerana kali pertama bukan firasat
hanya dugaan hati penuh hasat
dari hasutan syaitan terlaknat
Ibu terus rancak bercerita
tentang kecekapan seorang wanita
menguruskan kewangan keluarga
namun
hati ini terus bertanya
siapakah gerangan si dia
ingin dijadikan sahabat pena
untung nasib berkongsi ilmu juga
Rupanya dunia kecil cuma
pertemuan pertama diatur Yang Kuasa
dilanjutkan dengan pertemuan kedua
di kampung halaman tecinta
dialah wanita yang ibu sering bercerita
wanita hebat punya jiwa membara
sungguh bukan indah khabar dari rupa
dia punya penyantun istimewa
kerana kini sudah bertutup kepala
Bila sama-sama berkongsi cerita
hati mula tertaut bahagia
ingin sekali terus berbicara
walau pagi hingga senja
namun detik masa tidak berkata ya
Entah mengapa hatiku terus bertanya
bila lagi mahu bersua
sedangkan bertemu dua kali cuma
pasti ada sesuatu yang menjadi rahsia
Rasa terkejut bercampur bahagia
bila ibu berkongsi cerita
Wanita hebat telah berminta
agar diajarkan hal agama
Hati ini berlonjak kuat
ingin bertemu seorang muslimah
langkahnya memang hebat
telah menyarung sehelai hijab
menutup sekalian aurat
yang kini difahami rapat
tentang hukum dan syariat
Setelah akal mengatur rencana
hadiri kuliah bersama2
terlibat aktiviti sukarela
akhirnya aku bisa bertemu dia
buat kali ketiga
kali ini kami berkongsi rasa
tentang akhirat dunia
tentang dosa dan pahala
aku puas bertemu dia
walau hanya sebentar cuma
aku kagum wanita seperti dia
hijrahnya kukuh tetap di jiwa
tunjang hati hanya Allah yang Esa
walau musibah datang bertimpa
pada dia dan keluarga
namun dia cekal menghadapinya
dahulunya dia wanita biasa
hari ini ku lihat luar biasa
Moga aku juga seperti dia
terus melangkah tanpa menoleh
terus beramal dengan istiqamah
peroleh rahmat dan hidayah
agar menjadi orang yang soleh solehah
Moga dapat lagi bertemu
mana tau boleh jadi guru
agar bertambah sedikit ilmu
dari bumi anbiyak setelah berguru
** wish u istiqamah with yr hijrah sis. Realy miss u at the moment we are sharing a story. Study well , teach well, take care and beware. luv u lillahitaala... <3 <3 <3 :)


No comments:
Post a Comment