Hamparan bumi jadi saksi
Langit biru tegak berdiri
namun bila jiwa dilanda tsunami
ku tak tahu punca tragedi
ku jual percaya berlori-lori
ku beri jujur seikhlas hati
tapi bila diri diapi-api
kaki ku goyah tak mampu berdiri
Harap ada hati datang memikul
beban jiwa tak pernah ku jemput
harap ada bantuan di hulur
namun dilempar batu dan kasut
Lumrah dunia memang begitu
tipu khianat berturut-turut
bila sabar hati diikat kukuh
berbahagialah wahai hati yang kusut
Kerna Dia tak mungkin menjadi penghasut
seperti manusia bertopengkan iblis terkutuk
Jangan kamu bersifat lemah
jangan pula bersedih hati
jika diikut dunia yang penuh resah
khuatir rebah tersungkur ke bumi
Ukirlah senyuman dibibir
kerana diri masih diuji
Syukurlah pada yang Al-Mutakabbir
kerana diri masih disayangi
yang pasti
musibah pada mukmin itu hadiah
masalah pada kafir itu bala musibah
maka teguhkanlah hati pada Allah
ucapkanlah alhamdulillah
moga kita peroleh al jannah
Ukirlah senyuman dibibir
kerana diri masih diuji
Syukurlah pada yang Al-Mutakabbir
kerana diri masih disayangi
yang pasti
musibah pada mukmin itu hadiah
masalah pada kafir itu bala musibah
maka teguhkanlah hati pada Allah
ucapkanlah alhamdulillah
moga kita peroleh al jannah
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman
ali imran : 3: 139
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “
2:126
**semoga hatimu sedikit terubat..kalam Allah jadi teman setia sepanjang hayat..

No comments:
Post a Comment